Rang undang-undang pembiayaan AS sekat China beli minyak

Rang undang-undang pembiayaan AS sekat China beli minyak dari SPR

BANGUNAN Capitol di Washington. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Satu peraturan ditetapkan dalam rang undang-undang pembiayaan Amerika Syarikat (AS) yang diusulkan oleh pemimpin Kongres dikatakan bakal menyekat China membeli minyak daripada Rizab Petroleum Strategik (SPR).

Penggubal undang-undang memperkenalkan puluhan rang undang-undang untuk menangani persaingan dengan kerajaan China.

Isu penjualan minyak rizab AS itu kepada China menjadi hangat selepas Presiden AS, Joe Biden pada 2022 mengumumkan penjualan 180 juta tong minyak SPR untuk mengawal harga petrol yang melonjak selepas pencerobohan Russia di Ukraine.

Pada tahun yang sama, SPR menjual sejuta tong minyak kepada UNIPEC America, cabang syarikat Sinopec China yang berpangkalan di Houston.

Pada 2017, di bawah pemerintahan bekas Presiden AS, Donald Trump, sejumlah tong minyak SPR dijual kepada PetroChina International yang merupakan anak syarikat kepada syarikat minyak negara China Petrochina Co. Ltd.

SPR ketika ini memegang lebih 360 juta tong minyak namun menghampiri paras paling rendah dalam tempoh 40 tahun disebabkan jualan pada 2022.

Julai tahun lalu, Senat yang dikawal oleh Demokrat meluluskan rang undang-undang untuk mengharamkan eksport minyak SPR ke China.

Senator Chris Murphy berkata, pada ketika itu ia memberi bayangan bahawa ia akan menyelesaikan masalah, selain mempunyai impak politik kecil dan berkemungkinan memudaratkan berbanding membawa kebaikan.

Perunding Kongres mengusulkan rang undang-undang setebal 1,050 muka surat semalam yang membentangkan pembiayaan bagi enam daripada 12 segmen kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk memperuntukkan wang.     

Dilaporkan, enam lagi segmen akan dibayar pada akhir bulan ini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN