RALEIGH: Sebuah pokok ubi kentang berukuran 3.42 meter tinggi milik seorang wanita dari North Carolina, Amerika Syarikat (AS) dilaporkan mencipta rekod dunia baharu.
Pokok kepunyaan Cecelia Smith menempa nama dalam Rekod Dunia Guinness sebagai pokok ubi kentang paling tinggi di dunia.
Lapor UPI News, Smith berkata, dia mula menanam pokok itu yang diberi nama sebagai Gertrude, pada Februari tahun lalu.
“Beberapa bulan kemudian, saya dapat merasakan Gertrude mungkin akan menjadi pokok ubi kentang paling tinggi di dunia selepas melihat pertumbuhannya.
Menurut Smith, dia kini menerima sijil rasmi yang mengesahkan Gertrude sebagai pokok ubi kentang tertinggi dunia.
Pengiktirafan itu diterima apabila pokok tersebut diukur pada ketinggian 3.42 meter pada Julai tahun lalu.
Gertrude mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang oleh sebuah pokok ubi kentang yang ditanam di Britain.
Dilaporkan, pokok itu di Britain itu berukuran 2.84 meter tinggi.










