GAZA CITY: Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk menyifatkan perang di Gaza sebagai `situasi berbahaya’ yang boleh mencetuskan konflik lebih meluas, dengan membawa implikasi serius bagi Asia Barat dan negara lain. Semasa berucap di Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Turk menyuarakan kebimbangan bahawa perang Gaza yang kini mencecah 150 hari sudah menghasilkan `limpahan’ berbahaya di negara-negara jiran. “Sebarang pencetus boleh menjurus kepada konflik yang…










