OSLO: Pihak Berkuasa Palestin menerima AS$114 juta (RM540.37 juta) daripada Israel dengan lebih banyak dana akan disalurkan menerusi perjanjian untuk membayar kutipan cukai yang dibekukan rejim Zionis, lapor kerajaan Norway. Pada 18 Februari lalu Norway mengumumkan bersetuju membantu pemindahan wang dikumpul Israel yang diperuntukkan untuk Pihak Berkuasa Palestin (PA), sekali gus menyediakan pembiayaan penting kepada entiti yang disokong Barat itu. “Wang ini amat diperlukan untuk mengelakkan kejatuhan PA, membantu rakyat…










