Merokok sejak kecil tingkat risiko hidap diabetes tahap dua

Merokok sejak kecil tingkat risiko hidap diabetes tahap dua

MEROKOK antara punca 8.5 juta individu Malaysia berisiko menderita penyakit jantung dan strok. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Satu kajian mendapati bayi dalam kandungan yang terdedah asap rokok dan mengamalkan tabiat merokok sejak zaman kanak-kanak atau remaja meningkatkan risiko menghidap diabetes tahap dua ketika dewasa. 

Kajian awal oleh Epidemiologi dan Pencegahan Persatuan Jantung Amerika, mengenai Gaya Hidup dan Sesi Saintifik Kardiometabolik 2024 di Chicago itu menjalankan tinjauan terhadap 400,000 dewasa di Biobank United Kingdom (UK). 

Biobank UK adalah pangkalan data bioperubatan dan sumber penyelidikan terbesar dengan rekod kesihatan kira-kira 500,000 dewasa yang mendaftar sejak 2006 hingga 2010. 

Responden adalah mereka yang menetap di UK dan mendapatkan rawatan di Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan. Penyelidik meneliti data seramai 433,874 dewasa di Biobank UK.

Kajian melibatkan kandungan bayi dalam rahim, kanak-kanak berumur lima hingga 14 tahun dan remaja berusia 15 hingga 17 tahun dengan risiko diabetes tahap dua. 

Responden yang mempunyai kecenderungan genetik diabetes tahap dua dan mula merokok sejak zaman kanak-kanak atau remaja mempunyai risiko tertinggi untuk menghidap penyakit itu. 

Terdedah dengan tabiat merokok ketika dewasa adalah faktor risiko paling kuat untuk menghidap diabetes tahap dua. 

Kajian terdahulu menunjukkan golongan perokok adalah 30 hingga 40 peratus lebih berkemungkinan menghidap diabetes tahap dua berbanding bukan perokok. 

Pengerusi Jabatan Epidemiologi dan Biostatistik di Sekolah Perubatan, Universiti Shanghai Jiao Tong, Prof. Victor Wenze Zhong berkata, penemuan itu menekankan kepentingan mencegah daripada terdedah dengan asap rokok sejak peringkat awal kehidupan. 

Jelasnya, wanita hamil juga perlu berwaspada serta individu yang mempunyai risiko genetik tinggi diabetes tahap dua. 

“Merokok sejak kecil mempunyai perkaitan dengan risiko diabetes tahap dua yang jauh lebih tinggi berbanding individu yang tidak pernah merokok. 

“Mengamalkan gaya hidup sihat ketika dewasa khususnya kepada mereka yang terdedah asap rokok sejak kandungan di dalam rahim, kanak-kanak atau remaja boleh mengurangkan risiko tersebut,” katanya lapor UPI. 

Penyelidik turut menjalankan kajian sama ada individu berisiko tinggi yang mengamalkan gaya hidup sihat ketika dewasa seperti mengambil makanan berkhasiat, bersenam, mendapat tidur yang mencukupi, mengekalkan berat badan normal dan tidak lagi merokok boleh mengurangkan tahap penyakit itu. 

Analisis mendapati mereka yang terdedah dengan asap rokok sebelum dilahirkan berisiko menghidap diabetes sebanyak 20 peratus berbanding individu yang tidak pernah merokok. 

Individu yang mula merokok sejak zaman kanak-kanak mempunyai 118 peratus risiko menghidap penyakit itu, remaja 57 peratus dan mula merokok ketika dewasa 34 peratus.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN