Mayat dua janin bayi ditemukan dalam botol kaca

Mayat dua janin bayi ditemukan dalam botol kaca

MAYAT janin bayi itu ditemukan di sebuah pangsapuri di daerah Tuen Mun. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: Seorang lelaki dan wanita ditahan selepas mayat dua janin bayi ditemukan di dalam botol kaca di sebuah pangsapuri yang disewa di Hong Kong pada 8 Mac lalu.

Lapor The Straits Times, hasil bedah siasat forensik awal mendedahkan janin itu berumur antara 24 dan 30 minggu.

Malah, tiada tanda luka yang jelas pada jasad janin bayi berkenaan.

Berdasarkan laporan media tempatan, ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sedang dilakukan untuk mengesahkan sama ada dua suspek ditahan itu merupakan ibu bapa bayi berkenaan.  

Penemuan ngeri itu dibuat oleh seorang tukang cuci ketika sedang mengemas pangsapuri terletak di daerah Tuen Mun.

Dalam pada itu, sumber kes memberitahu South China Morning Post bahawa jantina kedua-dua janin bayi ditemukan itu adalah lelaki.

Katanya, berdasarkan saiz, menunjukkan bayi itu mungkin meninggal dunia sewaktu kelahiran.

Mengikut saiz, janin bayi itu mungkin meninggal dunia sewaktu kelahiran.

Menurut sumber, botol kaca silinder yang berukuran kira-kira 15 sentimeter (sm) diameter dan setinggi 30 sm ditemukan di sudut ruang tamu dan ditutup dengan tuala putih panjang.

Jelasnya, setiap botol kaca itu berisi cecair yang tidak diketahui.

Polis masih belum menentukan masa dan punca kematian bayi berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN