Mahkamah arah bot kontena milik jutawan dialihkan

Mahkamah arah bot kontena milik jutawan dialihkan

MAHKAMAH mengarahkan dok terapung milik Fane Lozman di Florida dialihkan.-AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALLAHASSEE: Mahkamah Persekutuan mengarahkan seorang pereka jutawan Florida mengalihkan struktur terapung buatannya dari lagun Florida Selatan.

Saman yang dikenakan pada 2021 mendakwa Fane Lozman melanggar Akta Sungai dan Pelabuhan dengan meletakkan struktur diperbuat daripada kontena perkapalan yang diubah suai dan dok terapung di perairan tersebut tanpa kebenaran.

“Struktur yang menyalahi undang-undang boleh menimbulkan peningkatan risiko bahaya kepada orang lain, seperti dalam kes ini. 

“Kami komited untuk menguatkuasakan undang-undang,” kata Penolong Peguam Negara Bahagian Alam Sekitar dan Sumber Asli Jabatan Kehakiman, Todd Kim.

Lapor UPI, Lozman didakwa memindahkan struktur ‘kediaman terapung’ itu ke kawasan berbeza di Lake Worth Lagoon di Palm Beach County dan dok itu tidak ditambat beberapa kali menyebabkan satu daripadanya terpisah dari binaan asal.

Dok tersebut berfungsi menarik kontena perkapalan yang diubah suai oleh Lozman dengan hiasan perabot, tingkap, pintu, tangga dan dek atas bumbung terapung melintasi lagun dan tersadai di taman awam.

Menurut pendakwa raya, sejak litigasi bermula, Lozman mengeluarkan beberapa bahagian strukturnya dari lagun itu tetapi dua dok terapung dan kontena yang diubah suai itu masih kekal di kawasan perairan berkenaan.

Lozman pernah berada di mahkamah sebelum ini atas pelanggaran yang sama selepas  Pantai Riviera pada tahun 2009 merampas kubu terapung Lozman dari kawasan marina dengan alasan ia berlabuh secara haram.

Mahkamah Persekutuan mengeluarkan penghakiman ringkas yang memutuskan struktur itu secara sah adalah sebuah bot. 

Bandar itu kemudian membeli struktur tersebut dalam lelongan dengan harga kurang satu pertiga daripada nilainya dan memusnahkannya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN