LAHORE: Seorang lelaki India ditahan kerana menyamar sebagai pegawai polis demi membantu adiknya menipu dalam Peperiksaan Sijil Menengah Tinggi (HSC) yang diadakan di sebuah sekolah di bandar Patur dua minggu lalu. Anupam Madan Khandare, 24, memasuki Sekolah Tinggi Shahbabu Urdu dengan memakai seragam lengkap pegawai polis sebelum menyusup masuk ke pusat peperiksaan dengan alasan kononnya diarahkan menyelia pelajar. Khandare kemudian merancang memberi adiknya maklumat dan nota diperlukan untuk lulus dalam…










