Lelaki cerai isteri, kecewa tiga anak bukan zuriatnya

Lelaki cerai isteri, kecewa tiga anak bukan zuriatnya

CHEN Zhixian memfailkan penceraian selepas mengetahui tiga anak yang dibesarkan bukan zuriatnya.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang lelaki tular di media sosial China selepas menceraikan isterinya yang dikahwini selama 16 tahun apabila mengetahui tiada seorang pun daripada tiga anak yang dilahirkan sepanjang perkahwinan mereka adalah zuriatnya.

Pada Disember 2007, Chen Zhixian berkahwin dengan Yu Hua, seorang wanita lapan tahun lebih muda daripadanya selepas bertemu dengannya buat kali pertama. 

Tidak lama selepas berkahwin, Hua memberitahu Zhixian berita gembira yang dia akan menjadi seorang bapa tanpa menyedari isterinya sudah hamil apabila mereka bertemu. 

Lapor Oddity Central, Hua melahirkan anak perempuan pertama pasangan itu ketika suaminya menjadi pemandu pengangkutan jarak jauh dan hanya pulang ke rumah di Dexing, wilayah Jianxi untuk jangka masa yang singkat.

Wanita itu kemudian melahirkan seorang lagi anak perempuan, yang Zhixian anggap sebagai zuriatnya sebelum mengesyaki isterinya tidak setia pada 2019 apabila memberitahu dia hamil sekali lagi.

Pada November 2022, Zhixian akhirnya yakin bahawa isterinya tidak setia selepas mengetahui wanita itu menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki bernama Wu dan melahirkan anak perempuan keempatnya di sebuah hospital di Shangrao City. 

Lelaki itu mendapatkan peguam dan selepas membuat siasatan sendiri di hospital, dia mengetahui isterinya melahirkan seorang bayi perempuan pada bulan itu, tetapi borang pelepasan memaparkan namanya sebagai bapa serta tandatangan palsu.

Yakin bahawa syak wasangkanya terhadap kecurangan Hua sebelum ini adalah benar, Zhixian memfailkan perceraian dan mengarahkan ujian paterniti untuk setiap anaknya. 

Zhixian kemudian mengetahui keputusan mengejutkan ketiga-tiga anak yang dibesarkan itu bukan darah dagingnya.

Lelaki berkenaan mengheret isterinya ke mahkamah dan meminta hak bapa kepada anak-anak itu termasuk bayaran pampasan akibat tekanan emosi yang dialaminya.

Pada 29 Disember 2023, mahkamah mengeluarkan keputusan Zhixian dberi hak penjagaan dua anak perempuannya, manakala Hua diperintahkan untuk melepaskan tuntutannya terhadap harta benda dan membayar alimoni bulanan kepada bekas suaminya itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN