Kiraan undi luar negara Pilpres 2024 capai 90 peratus

Kiraan undi luar negara Pilpres 2024 capai 90 peratus

IDHAM HOLIK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (KPU), Idham Holik memaklumkan kiraan undi untuk liputan luar negara sudah mencapai 90 peratus dan dijangka selesai dalam tempoh terdekat. 

Idham tidak menafikan terdapat dinamik dan beberapa isu berbangkit dalam pengiraan undi yang dilakukan pihaknya bersama PPLN namun KPU dapat menyelesaikan perkara itu dengan baik.

Katanya, sekiranya tiada masalah, pengiraan undi luar negara akan selesai esok selepas pihaknya menerima hasil kiraan yang tertangguh di beberapa negara.

“Alhamdulillah, proses pengiraan semula keputusan undian yang diperoleh dari luar negara berjalan lancar. Setakat tengah hari semalam, lebih 90 peratus Panitia Pemilu Luar Negara (PPLN) selesai membacakan dokumen mereka.

“Hasil dan dinamik PPLN dalam pelaksanaan pengiraan dan proses penjumlahan di setiap negara sudah pasti wujud, tetapi secara umumnya ia dapat diselesaikan dengan baik.

“Semuanya sudah dtetapkan, tinggal beberapa sahaja lagi. Harapnya petang esok mungkin sudah selesai,” kata Idham.

Menurut Idham, KPU masih berkoordinasi dengan PPLN Kuala Lumpur dan wilayah Frankfurt di Jerman untuk proses penjumlahan pengiraan undi.

“Hanya PPLN di Kuala Lumpur belum selesai kerana kita masih menjalankan komunikasi intensif dengan pihak berkaitan berhubung rancangan pengundian semula,” katanya.

Setakat ini, pasangan calon Pilihan Raya Presiden (Pilpres) nombor 2, Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka berada di tempat pertama dengan kemenangan di 12 wilayah di luar negara termasuk Moscow, Darwin, Australia, Hong Kong dan Peru.

Pasangan tersebut juga turut mendahului undian dengan majoriti besar di Tawau dan Kuching di Malaysia.

Pasangan nombor 1, Anies Baswedan dan Muhaimin Iskandar (Cak Imin) pula mendahului di negara-negara Asia Barat termasuk Riyadh, Tripoli dan Libya.

Sementara itu, pasangan nombor 3, Ganjar Pranowo dan Mahfud MD menang di 8 wilayah dengan menguasai tiga bandar di Amerika Syarikat (AS) iaitu Chicago, Washington DC dan New York.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN