NEW YORK: Tindakan Amerika Syarikat (AS) tidak memveto keputusan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) berhubung resolusi untuk melaksanakan gencatan senjata serta-merta di Gaza, menimbulkan spekulasi. Keputusan AS itu mendapat perhatian meluas yang disifatkan sebagai tanda kekecewaan Presidennya, Joe Biden terhadap pentadbiran Israel yang meneruskan kempen pembunuhan beramai-ramai di Semenanjung Gaza. Bagaimanapun, Penganalisis Politik, Adam Shapiro berpandangan walaupun wujud pergeseran antara kedua-dua pemimpin itu, ia tidak menghalang pemindahan senjata diteruskan. …










