Kabel komunikasi dasar laut di Laut Merah `dipotong'

Kabel komunikasi dasar laut di Laut Merah `dipotong’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Beberapa kabel komunikasi dasar laut di Laut Merah dilaporkan telah `dipotong’ sehingga menyebabkan gangguan ketara pada rangkaian telekomunikasi.

Berdasarkan kenyataan dari sebuah syarikat telekomunikasi dan pegawai Amerika Syarikat (AS), kira-kira 25 peratus aliran trafik data antara Asia dan Eropah terjejas.

Lapor BBC, firma telekomunikasi berpangkalan di Hong Kong, HGB Global Communications memaklumkan pihaknya mengambil langkah mengubah laluan trafik selepas empat daripada 15 kabel bawah laut itu dipotong baru-baru ini.

Jelas HGC, empat kabel yang terjejas adalah Seacom, TGN-Gulf, Asia-Africa-Europe 1 dan Europe India Gateway.

HGC memaklumkan kira-kira 25 peratus aliran trafik data terganggu, sambil menambah 80 peratus aliran trafik data yang menghubungkan barat dengan Asia melalui kabel tersebut.

Tambah HGC, pihaknya mengambil langkah segera dengan mengalihkan aliran data ke Eropah melalui kabel di China dan kabel bawah laut di Laut Pasifik untuk ke AS, serta menggunakan baki kabel di Laut Merah.

Setakat ini, punca kejadian kabel komunikasi dasar laut itu dipotong masih belum jelas.

Seorang pegawai AS memaklumkan pihaknya sedang berusaha untuk mengetahui sama ada kabel berkenaan sengaja dipotong atau terkena sauh kapal.

Bulan lalu, kerajaan Yaman yang diiktiraf antarabangsa mendakwa kumpulan Houthi disokong Iran mungkin akan melakukan sabotaj terhadap kabel bawah laut, selain menyerang kapal di Laut Merah.

Bagaimanapun, kumpulan Houthi menafikan pasukan pejuang mereka menyasarkan kabel dan menyalahkan serangan tentera AS dan Britain atas sebarang kerosakan pada kabel berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN