NEW YORK: Seorang lelaki berdepan pengalaman ngeri terperangkap di dalam tandas lebih setengah jam ketika menaiki penerbangan ke sebuah bandar di Amerika Syarikat (AS) hingga terpaksa diselamatkan oleh juruterbang pesawat tersebut. Kejadian itu berlaku dalam penerbangan Delta Air Lines dari Salt Lake City ke New Orleans ketika lelaki hanya dikenali sebagai Brent bangun ke tandas dan meninggalkan isterinya menjaga anak-anak mereka. Selepas lebih 35 minit berlalu, isterinya mula resah dan…










