Jambatan di Baltimore runtuh, 20 masih hilang

Jambatan di Baltimore runtuh, 20 masih hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Jambatan utama di Baltimore, Maryland dilaporkan runtuh selepas dilanggar sebuah kapal kargo, menyebabkan beberapa orang dan kenderaan terjunam ke dalam sungai.

Kapal itu melanggar Jambatan Francis Scott Key sepanjang 2.7 kilometer sekitar jam 1.30 pagi (waktu tempatan).

Pengarah Komunikasi Jabatan Bomba Baltimore, Kevin Cartwright memberitahu BBC, seramai 20 pekerja dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Patapsco akibat insiden mengejutkan itu.

Rakaman dramatik kejadian itu menunjukkan kapal kargo yang terbakar menghentam jambatan sebelum karam dan melanggar beberapa kenderaan hingga jatuh ke dalam air.

Dalam masa kurang 30 saat keseluruhan jambatan itu runtuh dan musnah.

Datuk Bandar Baltimore berkata, kakitangan kecemasan dikerahkan ke tempat kejadian dan usaha menyelamat sedang dijalankan.

Menurut Cartwright, terdapat beberapa kargo atau penahan yang tersangkut pada jambatan hingga mewujudkan keadaan tidak selamat dan tidak stabil.

Data penjejakan kapal daripada LSEG menunjukkan kapal kontena berbendera Singapura, Dali berada di lokasi kemalangan itu berlaku.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN