Harga makanan dunia turun

Harga makanan dunia turun

PELANGGAN sedang memilih barangan di pasar raya Asda di Aylesbury, England. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Harga makanan dunia merekodkan penurunan untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan Februari, ketika kejatuhan harga bijirin mengatasi harga gula dan daging yang lebih mahal.

Perkara itu dimaklumkan oleh Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) dalam satu kenyataan.

Menurut agensi dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Indeks Harga Makanan FAO menurun 0.7 peratus pada Februari dan turun 10.5 peratus berbanding setahun lalu.

Dilaporkan, indeks FAO mengukur harga pasaran komoditi dan ia mungkin mengambil masa untuk dipasarkan di pasar raya.

Jelas FAO, bijirin menurun lima peratus pada bulan berkenaan dan 22.4 peratus daripada Februari tahun lalu, didorong oleh harga jagung lebih rendah ekoran penuaian besar-besaran di Amerika Selatan dan harga kompetitif yang ditawarkan oleh Ukraine.

Harga gandum menurun didorong oleh eksport Russia yang lebih kukuh, selain harga beras juga jatuh.

Minyak sayuran juga sebahagian besarnya jatuh disebabkan musim penuaian di Amerika Selatan.

Bagaimanapun, harga gula meningkat 3.2 peratus pada bulan itu ekoran cuaca kering di Brazil.

Indeks harga daging meningkat 1.8 peratus disebabkan hujan lebat mengganggu pengangkutan komoditi itu di Australia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN