Bola teritip menang anugerah foto hidupan liar

Bola teritip menang anugerah fotografi hidupan liar

IMEJ bola teritip dirakam Ryan Stalker.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Imej luar biasa bola sepak yang diliputi teritip dinobat sebagai pemenang Anugerah Fotografi Hidupan Liar Britain tahun ini.

Lapor BBC, gambar itu dipilih daripada lebih 14,000 penyertaan oleh jurugambar amatur dan profesional.

Gambar itu, yang turut memenangi kategori pantai dan laut, diambil oleh jurugambar, Ryan Stalker.

“Di atas air hanyalah bola sepak. Tetapi di bawah garis air adalah koloni makhluk. 

“Bola sepak itu dihanyutkan di Dorset selepas melakukan perjalanan jauh merentasi Atlantik.

Jelas beliau, foto itu menggambarkan mesej tersirat tentang kebanjiran sampah yang boleh membahayakan hidupan di laut.

“Sampah yang semakin banyak di laut boleh meningkatkan risiko lebih banyak makhluk yang sampai ke pantai kita dan menjadi spesies invasif,” kata Stalker.

Selain Stalker, seorang jurugambar amatur, Max Wood turut memenangi anugerah Jurugambar Hidupan Liar Britain Muda tahun ini melalui rakaman imej seekor burung coot melangkah melintasi tasik berkabus pada waktu matahari terbit. 

Anugerah itu disokong Pertubuhan Diraja untuk Perlindungan Burung (RSPB) bagi menggalakkan golongan muda melibatkan diri dengan alam semula jadi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN