WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengumumkan untuk memansuhkan hutang pinjaman pelajaran melibatkan ribuan pelajar yang berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam.
Biden berkata, pemansuhan terkini itu akan melibatkan hutang pelajar berjumlah AS$6 bilion (RM28 bilion) yang terdiri daripada 78,000 guru, jururawat, bomba dan petugas perkhidmatan awam lain.
“Petugas perkhidmatan awam ini begitu komited dan dedikasi terhadap tugas mereka untuk berkhidmat kepada masyarakat.
“Disebabkan pentadbiran sebelum ini gagal, hak mereka untuk mendapatkan pengecualian pembayaran gagal sedangkan ia termaktub di bawah undang-undang,” katanya.
Pengumuman terkini itu sekali gus menyaksikan pentadbiran Biden sudah melupuskan hutang pinjaman pelajar melibatkan lebih 870,000 anggota perkhidmatan awam.
Langkah itu sebagai sebahagian daripada komitmen White House membatalkan atau mengurangkan hutang pelajar sejak Mahkamah Persekutuan memperkenalkan program pengurangan hutang pinjaman pelajaran lebih besar, tahun lalu.
“Hampir empat juta rakyat AS menikmati pemansuhan hutang ini ketika di bawah pentadbiran saya.
“Sejak hari pertama menjadi Presiden, saya sudah berjanji untuk membaiki kerosakan dalam sistem pinjaman pelajaran ini bagi menjamin pendidikan tinggi ini adalah tiket bagi individu di kelas pertengahan,” ujarnya.
Januari lalu, White House membatalkan hampir AS$5 bilion (RM23 bilion) hutang pelajar melibatkan 74,000 peminjam.
Kebanyakan mereka adalah petugas perkhidmatan awam yang membayar komitmen hutang pinjaman pelajaran melebihi 10 tahun. -AGENSI










