SOFIA: Seorang wanita dari Bulgaria yang memiliki bibir terbesar di dunia merancang untuk mendapatkan `wajah baharu’ pada tahun ini selepas melakukan rawatan suntikan silikon pada Krismas lalu.
Bagaimanapun, keluarga, rakan dan kenalan Andrea Ivanova amat bimbang dengan kesihatannya.
Lapor Mirror, Andrea dilihat seakan-akan tidak akan berhenti obses untuk membesarkan lagi bibirnya dalam masa terdekat.
Malah, keinginan Andrea untuk melakukan lebih banyak prosedur suntikan muncul selepas wanita itu melelong `ciuman mistletoe’ untuk mendapatkan wang tunai semasa musim perayaan.
Bintang media sosial berusia 26 tahun membelanjakan kira-kira 20,000 pound (RM119,529) untuk bibirnya.
Andrea dikatakan dalam misi untuk meraih rekod baharu iaitu pipi terbesar di dunia.
Tahun ini, Andrea akan menjalani prosedur lanjut untuk menyerlahkan wajahnya dengan lebih banyak pengisi.
“Saya sudah dewasa dan memutuskan apa yang perlu dilakukan dengan badan saya.
“Setiap tahun, saya melakukan rawatan pengisi baharu sebagai hadiah untuk diri saya sendiri,” katanya.
Menurut Andrea, kali pertama dia menyuntik bibirnya dengan asid hyaluronik adalah pada 2018 dan sejak itu menambah suntikan tersebut kerana amat menyukai bibir tebal.
“Saya juga menyuntik suntikan asid hyaluronik pada Krimas dan malam Tahun Baharu lalu.
“Saya suka melakukan prosedur estetik untuk wajah saya, ia merupakan aktiviti kegemaran saya.
“Saya tidak sabar menunggu rawatan seterusnya untuk seluruh wajah,” katanya.










