Sweden umum hantar bantuan ketenteraan AS$682 juta ke Ukraine

Sweden umum hantar bantuan ketenteraan AS$682 juta ke Ukraine

TENTERA Ukraine memuatkan peluru ke dalam howitzer Msta-B untuk melancarkan serangan ke arah kedudukan pasukan tentera Russia, di bandar Bakhmut. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM: Kerajaan Sweden memaklumkan negaranya akan menghantar aset dan peralatan ketenteraan yang bernilai AS$682 juta (RM3.27 bilion) kepada Ukraine.

Bantuan ketenteraan itu sebagai sokongan kepada negara itu ketika berjuang untuk melawan pencerobohan Russia.

Perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Pertahanan Sweden, Pal Johnson dalam satu sidang akhbar ketika mengumumkan pakej bantuan bernilai 7.1 bilion kroner itu.

“Sebab kami terus menyokong Ukraine adalah disebabkan soal kemanusiaan.

“Russia memulakan peperangan yang melanggar undang-undang, tanpa provokasi dan tidak dapat dipertahankan,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Ukraine, Denys Shmyhal menggesa Kesatuan Eropah (EU) dan Jepun supaya mengenakan sekatan ekonomi baharu ke atas Russia selepas insiden kematian ketua pembangkang, Alexei Navalny.

Gesaan itu dibuat selepas negara EU seperti Jerman, Lithuania dan Sweden memohon penalti baharu dikenakan susulan kematian Navalny di sebuah penjara di Russia.

“Kami meminta untuk melaksanakan sekatan ini dalam bidang ekonomi dan politik,” kata Shmyhal pada sidang akhbar di Tokyo.

Pemimpin itu mengadakan lawatan ke Jepun untuk bertemu Perdana Menteri, Fumio Kishida bagi membincangkan pemulihan semula di Ukraine. – AFP/REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN