Raja Charles III disahkan hidap kanser

Raja Charles III disahkan hidap kanser

RAJA CHARLES III
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Raja Britain, Raja Charles III sangat positif dan masih bersemangat walaupun selepas pengumuman mengejutkan oleh Istana Buckingham yang mengesahkan beliau menghidap kanser.

Keluarga dan rakan-rakan mengakui kagum dengan kesungguhan Raja Charles III untuk meneruskan tugasnya seperti biasa walaupun dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.

Difahamkan keadaan beliau kini baik kerana kanser tersebut dikesan pada tahap awal.

Lapor The Sun, Raja Charles kerap ke Istana Windsor sejak beberapa bulan lalu untuk menghabiskan masa bersama Putera William dan hubungan mereka kini semakin rapat.

Putera Harry yang menetap di California, Amerika Syarikat (AS) memaklumkan sudah berbincang mengenai diagnosis tersebut dan dijangka menziarahi bapanya di United Kingdom (UK) beberapa hari lagi.

Penyokong dan pengkritik sentiasa mengakui usaha keras dan dedikasi Raja Charles kepada tugasnya, tetapi pengulas diraja menyatakan ia mungkin akan berubah ketika proses pemulihannya.

Putera William dalam dokumentari sempena sambutan ulang tahun Charles ke-70 berkata, bapanya tidak pernah berhenti bekerja dan banyak tugas diberikan kepada beliau sejak mereka kecil, membuatkan keluarga itu jarang berjumpa.

Ketika ketua negara di seluruh dunia menghantar mesej mendoakan kesejahteraan Raja Charles, sebahagian rakyat Britain menyatakan mereka terkesan dan sedih dengan berita terbabit. 

Bulan lalu, Raja Charles meraih pujian kerana secara terbuka memaklumkan tentang masalah prostat dialaminya.

Beberapa doktor mengakui lebih ramai masyarakat dijangkiti penyakit itu tampil mendapatkan rawatan selepas pengumuman berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN