Prabowo janji hantar 10,000 pelajar Indonesia belajar perubatan di luar negara

Prabowo janji hantar 10,000 pelajar Indonesia belajar perubatan di luar negara

PRABOWO SUBIANTO 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Calon Presiden Indonesia, Prabowo Subianto memaklumkan pihaknya akan menghantar 10,000 pelajar tempatan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara. 

Menteri Pertahanan itu berkata demikian berkaitan fokusnya mengenai isu kekurangan doktor di Indonesia.

Lapor Detik News, Prabowo berkata, pihaknya akan membina hospital moden di setiap daerah dan bandar serta pusat kesihatan penduduk di setiap kampung di negara itu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada masa yang sama, Prabowo menegaskan negara itu ketika ini masih memerlukan kira-kira 140,000 doktor.

“Kami akan mengatasi isu kekurangan doktor di Indonesia dengan segera.

“Ketika ini, Indonesia kekurangan sekitar 140,000 doktor dan kami akan menanganinya dengan menambah lebih banyak fakulti perubatan di negara ini.

“Terdapat sebanyak 92 fakulti perubatan sedia ada dan kami akan membina 300 lagi,” katanya dalam Debat Calon Presiden 2024 yang kelima menjelang pilihan raya.

Dalam pada itu, Prabowo memberitahu pihaknya akan menghantar 10,000 pelajar pintar dari sekolah menengah dan sekolah tinggi untuk melanjutkan pengajian perubatan di luar negara.          

Katanya, kesemua pelajar berkenaan akan diberikan biasiswa. 

“Lagi 10,000 untuk belajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik, kimia, biologi dan fizik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini