Penumpang bawa mumia monyet naik pesawat

Penumpang bawa mumia monyet naik pesawat

TULANG dan tengkorak monyet ditemukan dalam bagasi penumpang di Lapangan Terbang Boston.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOSTON: Kakitangan di lapangan terbang Boston terkejut selepas menemukan beberapa mumia monyet yang dibungkus di dalam bagasi seorang penumpang.

Pengembara di Lapangan Terbang Antarabangsa Boston Logan itu awalnya berkata beg itu hanya mengandungi ikan kering.

Tetapi setelah pemeriksaan lanjut, ejen kastam mendapati bagasi berkenaan sebenarnya mengandungi tulang dan tengkorak empat monyet seberat 3.63 kilogram (kg).

Menurut Pejabat Kastam dan Perlindungan Sempadan Amerika Syarikat (AS) dalam satu kenyataan, insiden itu berlaku Khamis lalu ketika kakitangan lapangan terbang menjalankan pemeriksaan keselamatan untuk penumpang. 

“Seorang pegawai anjing bernama Buddey menghidu bau monyet mati dari dalam bagasi milik seorang pengembara yang baru pulang ke AS dari Republik Demokratik Congo.

“Daging mentah, yang sudah diproses atau pun tulang daripada haiwan liar tertentu tidak dibenarkan masuk ke AS sebahagian besarnya atas sebab kesihatan.

“Ini kerana ia dikhuatiri boleh membawa kuman yang menyebabkan penyakit, termasuk virus Ebola,” kata Pengarah Pelabuhan Boston, Julio Caravia dalam satu kenyataan.

Pusat Kawalan Penyakit turut meminta bagasi itu segera dimusnahkan.

Tulang atau daging haiwan liar kerap ditemukan di lapangan terbang di AS.

Pada 2022, ejen imigresen di Lapangan Terbang Washington Dulles merampas kelawar hangus dan pada 2019, pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa O’Hare memintas penyeludupan kira-kira 14 kg daging tikus.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN