Kereta api bergerak lebih 70 km tanpa pemandu di India

Kereta api bergerak lebih 70 km tanpa pemandu di India

KERETA api dengan 53 gerabak itu dalam perjalanan menuju ke Punjab dari wilayah Jammu di barat laut, India. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Satu siasatan dilancarkan selepas sebuah kereta api kargo di India bergerak pada kelajuan lebih 70 kilometer (km) tanpa dikendalikan oleh pemandu.

Bagaimanapun, tiada kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu, selepas pegawai bertindak meletakkan blok kayu di landasan untuk membantu mengurangkan kelajuan kereta api berkenaan.

Lapor Sky News, kereta api dengan 53 gerabak itu dalam perjalanan menuju ke Punjab dari wilayah Jammu pada Ahad lalu, apabila ia berhenti di stesen Kathua untuk menukar pemandu.

“Apabila pemandu dan pembantunya keluar dari kereta api, brek tangan tidak digunakan, lalu tren itu mula menuruni trek di kawasan cerun sebelum kelajuannya meningkat sepanjang perjalanan.

“Kereta api itu mencapai kelajuan hampir 100 kilometer sejam (km/j) ketika ia bergerak melalui kira-kira lima stesen sebelum dihentikan,” jelas laporan.

Beberapa video yang tular di media sosial menunjukkan kereta api kargo yang membawa muatan batu serpihan, bergerak melepasi beberapa stesen pada kelajuan tinggi.

Sementara itu, pegawai tempatan memaklumkan kereta api kargo itu berjaya dihentikan selepas kakitangannya meletakkan bongkah kayu di landasan.

Jelasnya, tren itu berhenti berhampiran stesen kereta api Ucchi Bassi di bandar Mukerian.

Kejadian luar biasa itu berlaku antara pukul 7.25 pagi hingga 9 pagi (waktu tempatan).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN