Ibu tidurkan bayi dalam ketuhar

Ibu tidurkan bayi dalam ketuhar

MARIAH THOMAS 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEFFERSON CITY: Seorang bayi perempuan berusia sebulan di Amerika Syarikat (AS) maut selepas ibunya tersilap memasukkannya ke dalam ketuhar bagi membolehkan anak kecil itu tidur sebentar.   

Lapor NDTV, insiden tragis itu berlaku pada petang Jumaat lalu apabila polis di Missouri menerima laporan kecemasan mengenai seorang bayi yang tidak sedarkan diri.

Selepas tiba di sebuah rumah di Kansas City, polis mendapati kesan melecur teruk pada badan anak kecil itu.

Bayi itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan polis menyifatkan kes itu kejam dan mengerikan.

Siasatan awal mendapati wanita itu menidurkan anaknya dengan secara tidak sengaja meletakkan bayi berkenaan di dalam ketuhar dan bukannya di atas katil bayi.

Laporan waran tangkap mendedahkan pakaian bayi termasuk lampinnya hangus terbakar, dengan laporan menyatakan rumah mangsa berbau asap.    

Selimut bayi yang terbakar turut ditemukan di tempat kejadian.

Laporan itu tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai bagaimana kesilapan sedemikian berlaku dan keadaan lain sekitar kejadian itu juga tidak didedahkan.

Sementara itu, ibu bayi itu dikenali sebagai Mariah Thomas, 26, didakwa atas kesalahan membahayakan kebajikan seorang kanak-kanak.

Menurut Pejabat Pendakwa Daerah Jackson, Mariah berdepan pertuduhan jenayah Kelas A membabitkan kematian kanak-kanak.   

Seorang rakan wanita itu mendakwa kesihatan mental Mariah mungkin memainkan peranan dalam tragedi itu.

Mariah kini ditahan di Pusat Tahanan Daerah Jackson.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN