Gencatan senjata di Gaza mungkin dilaksanakan Isnin depan

Gencatan senjata di Gaza mungkin dilaksanakan Isnin depan – Biden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, beliau berharap gencatan senjata di Gaza dapat dilaksanakan selewat-lewatnya pada awal minggu depan.

Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad al-Thani dalam perjalanan ke Paris untuk membincangkan perjanjian Gaza ketika Biden menaruh harapan tinggi kesepakatan itu akan dicapai pada hari Isnin.

Kenyataan dikeluarkan Pejabat Presiden Perancis memaklumkan Emmanuel Macron akan mengadakan pertemuan dengan Sheikh Tamim bagi membincangkan mengenai krisis yang berlaku di Gaza.

Lawatan rasmi itu dilakukan selepas Biden menyatakan beliau berharap agar gencatan senjata di Gaza dapat dimulakan pada awal minggu depan.

Biden juga memaklumkan Israel bersedia untuk menghentikan operasi ketenteraan pada bulan Ramadan sebagai sebahagian daripada perjanjian.

Dilaporkan, Biden dalam rangka lawatan kempen pilihan raya di New York.

Ketika ditanya bila perjanjian sedemikian mungkin bermula, Biden berkata, pihaknya berharap pada hujung minggu ini.

“Penasihat keselamatan negara memberitahu saya kita sudah hampir tetapi belum selesai rundingan.

“Harapan saya ialah Isnin minggu depan kita akan laksanakan gencatan senjata,” katanya.

Sementara itu, CNN melaporkan Penasihat Keselamatan Negara White House Jake Sullivan berkata, wakil dari beberapa pihak, tidak termasuk pemimpin Hamas, bertemu di Paris, Perancis pada hujung minggu.

“Mereka mendapat persefahaman mengenai kerangka perjanjian tebusan untuk gencatan senjata sementara,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×