JAKARTA: Enam pemimpin negara mengucapkan tahniah atas kemenangan tidak rasmi Prabowo Subianto yang memperoleh peratusan undi paling banyak dalam Pilihan Raya Presiden (Pilpres) yang diadakan minggu lalu. Ucapan tahniah itu dizahirkan kepada Menteri Pertahanan Indonesia itu meskipun proses pengiraan Pilpres masih berjalan. Lapor Kompas.com, Prabowo memaklumkan enam pemimpin dari Russia, Britain, Australia, Malaysia, Singapura dan Sri Lanka menzahirkan tahniah kepadanya kerana menang dalam keputusan pengiraan awal Pilpres 2024. Pemimpin berkenaan…