Bom perang dunia kedua dijumpai di tapak pembinaan kampus

Bom perang dunia kedua dijumpai di tapak pembinaan kampus

BOM jenis Mark 65 seberat 453.5kg ditemukan di tapak pembinaan berhampiran lapangan terbang Florida. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TALLAHASSEE: Bom seberat 453.5 kilogram (kg) ditemukan ketika kerja-kerja penggalian dilakukan di sebuah tapak pembinaan kampus kolej berhampiran lapangan terbang Florida di Amerika Syarikat (AS).

Lapor UPI News, Pejabat Syerif Daerah Hernando memaklumkan sekumpulan pekerja pembinaan menemukan bom tinggalan Perang Dunia Kedua yang tidak aktif lagi.

“Pekerja sedang bekerja di tapak pembinaan Kolej Teknikal Wilton Simpson di Brooksville berhampiran Lapangan Terbang Brooksville-Tampa Bay apabila menjumpai ordinan tertimbus itu,” jelas pejabat syerif.

Menurutnya, polis mengosongkan kawasan berkenaan kira-kira satu kilometer dari setiap arah dan menutup jalan berhampiran sementara menunggu pasukan Unit Pemusnahan Bom Pejabat Syerif Daerah Citrus.  

Pakar bahan letupan mengesahkan bom lama jenis Mark 65 dari era Perang Dunia Kedua tidak aktif lagi. 

Pejabat sherif memaklumkan bom itu akan dilupuskan oleh pakar dari Pangkalan Tentera Udara MacDill di Tampa.    

Bom itu dipercayai mempunyai kaitan dengan lapangan terbang tentera era Perang Dunia Kedua yang memiliki sebidang tanah sebelum ia menjadi Lapangan Terbang Brooksville-Tampa Bay.

Dilaporkan, lapangan terbang itu pernah digunakan untuk latihan pesawat pengebom B-17 Flying Fortresses dan B-24 Liberators.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN