Bom meletup di luar bangunan kementerian di Greece

Bom meletup di luar bangunan kementerian di Greece

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ATHENS: Satu objek dipercayai bom dilaporkan meletup di luar bangunan Kementerian Sumber Manusia Greece di Athens pada awal pagi tadi.

Bagaimanapun, polis mengesahkan kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Polis memaklumkan sebuah akhbar tempatan menerima panggilan daripada individu tidak dikenali yang mendakwa bom diletakkan di kawasan luar bangunan kementerian tersebut.

“Akhbar itu memaklumkan kepada polis dan kami bertindak serta merta mengepung kawasan itu sebelum kejadian letupan itu.

“Letupan itu hanya menyebabkan kerosakan kecil pada bangunan,” katanya.

Jelas polis, pemanggil itu mendakwa kumpulan gerila bertanggungjawab atas letupan itu.

Polis kini melancarkan siasatan berhubung kejadian itu.

Sementara itu, jurucakap kerajaan Pavlos Marinakis menyuarakan kebimbangan mengenai kejadian letupan yang berlaku hari ini.

“Serangan itu amat serius dan kami percaya ia mempunyai kaitan dengan jenayah,” katanya kepada penyiar Open TV. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN