GUWAHATI: Negeri Assam di India dilaporkan memansuhkan undang-undang berusia 89 tahun yang membenarkan perkahwinan membabitkan penduduk Islam bawah umur. Langkah itu ditentang oleh pemimpin komuniti minoriti yang menggelar rancangan itu sebagai percubaan untuk mempolarisasi pengundi atas dasar agama menjelang pilihan raya umum. Populasi Assam merangkumi 34 juta penduduk dengan 34 peratus daripadanya adalah komuniti beragama Islam. Sebelum ini, Assam memaklumkan mahu melaksanakan undang-undang sivil yang seragam untuk perkahwinan, penceraian, pengambilan…










