YANGON: Lebih 1,000 golongan muda berbaris di kedutaan Thailand di Yangon untuk meninggalkan Myanmar selepas junta mengumumkan akan mewajibkan perkhidmatan ketenteraan. Minggu lalu, junta tentera Myanmar memaklumkan akan menguatkuasakan undang-undang yang membenarkan ia merekrut semua lelaki berumur 18 hingga 35 tahun dan wanita berumur 18 hingga 27 tahun sekurang-kurangnya selama dua tahun. Pengumuman itu dibuat selepas pihak tentera yang merampas kuasa pada 2021 bergelut dengan serangan hebat kumpulan pemberontak etnik…










