CAPE TOWN: Menteri Luar Afrika Selatan mendakwa Israel langsung tidak mengendahkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mengarahkan rejim Zionis melakukan usaha mencegah kematian orang awam di Gaza apabila jumlah yang terbunuh terus meningkat sejak beberapa hari lalu. Kementerian Kesihatan Gaza berkata, lebih 150 orang terbunuh dan 313 lagi cedera ketika tentera Israel meneruskan pertempuran di bahagian utara wilayah itu. Serangan darat kembali menggegarkan wilayah utara yang menyaksikan seluruh kawasan kejiranan menjadi ‘rata’. Tentera Israel berkata, tenteranya membunuh lebih 15 militan Hamas di utara Gaza dan menyasarkan infrastruktur kumpulan itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya