Mahfud MD sindir undang-undang  Indonesia memihak 'anak orang penting'

Mahfud MD sindir undang-undang  Indonesia memihak ‘anak orang penting’

MAHFUD MD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAMPUNG: Calon naib presiden Indonesia, Mahfud MD mempersendakan undang-undang di Indonesia yang disifatkannya hanya memihak kepada ‘anak-anak orang penting’

Mahfud berkata demikian ketika menjawab pertanyaan pelajar mengenai langkah konkrit yang akan diambil olehnya untuk mengatasi ketidaksamaan undang-undang dalam sebuah acara diskusi kelmarin.

Mahfud berkata, undang-undang di negara itu masih tumpul dan memihak kepada kalangan individu tertentu di negara itu termasuk anak-anak dan saudara mara mereka.

“Apa maksudnya? Lawan orang penting, lawan anak orang penting, isteri orang penting, orang ada duit, orang bergolongan, undang-undang selalunya tidak berkesan. 

“Justeru kita akan mulakan dengan puncanya. Sebab jika undang-undang tumpul ke atas, selalunya pegawai penguatkuasa undang-undang.

“Yang tajamnya, orang kecil selalunya tidak mendapat perlindungan,” katanya.

Mahfud turut menyentuh isu pertikaian tanah yang tidak pernah berakhir selama bertahun-tahun di negara itu yang akan menjadi salah satu keutamaannya jika memenangi pilihan raya.

“Ada penduduk yang tinggal di satu tempat, tidak pernah menjual tanah, tiba-tiba tanah itu dimiliki orang lain dengan sijil rasmi.

“Jadi rakyat tidak terbela. Kalau mengadu akan dihalau, mereka kata ini bukan tanah kamu, walaupun mereka mewarisinya daripada nenek moyang mereka,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya