Letupan bom di Iran: Teheran salahkan Israel, AS

Letupan bom di Iran: Teheran salahkan Israel, AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran menyalahkan Israel dan Amerika Syarikat (AS) atas kejadian dua letupan bom yang membunuh lebih 100 orang di selatan negara itu.

Dua letupan berturut-turut berlaku ketika orang ramai berhimpun di kawasan terbuka bagi memperingati jeneral Pengawal Revolusi Qasem Soleimani yang terbunuh dalam serangan AS pada 2020.

Insiden itu berlaku di tengah-tengah ketegangan Asia Barat berhubung pertempuran Israel-Hamas di Gaza dan pembunuhan seorang pemimpin kanan Hamas di Lubnan.

Media kerajaan dan pihak berkuasa wilayah menyifatkan letupan itu sebagai `serangan pengganas’.

Serangan itu mencetuskan kebimbangan konflik yang semakin meluas di rantau itu, selain menggegarkan pasaran global ketika harga minyak melonjak lebih tiga peratus dan menimbulkan kecaman di peringkat antarabangsa.

“AS mendakwa negaranya dan Israel tidak terlibat dalam serangan di Kerman. Betul ke?.

“Jangan melakukan kesilapan. Tanggungjawab jenayah ini terletak pada rejim AS dan Zionis dan keganasan hanyalah alat,” kata Timbalan Politik Presiden Iran, Mohammad Jamshidi di aplikasi X.

Sebelum ini, AS menolak sebarang kenyataan bahawa negaranya atau Israel terlibat, manakala rejim Zionis pula enggan mengulas.

“AS tidak terlibat dalam apa cara sekalipun. Kami tidak mempunyai sebab untuk mempercayai Israel terbabit dalam letupan ini,” kata jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller.

Ketika ditanya mengenai letupan bom di Iran, jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari tidak mahu mengulas, sebaliknya berkata pihaknya memberi tumpuan kepada pertempuran dengan Hamas.

Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyalahkan musuh negara atas serangan itu dan berjanji untuk membalas dendam.

Presiden Ebrahim Raisi mengutuk jenayah itu ketika Iran mengisytiharkan hari ini sebagai hari berkabung di seluruh negara. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya