GAZA: Wartawan yang membuat liputan dari Khan Younis melaporkan situasi di lapangan Semenanjung Gaza kini sangat menakutkan.
Wartawan Al Jazeera, Tareq Abu Azzoum berkata, Israel memulakan semula operasi ketenteraan selepas gencatan senjata berakhir semalam dengan menyasarkan utara dan selatan wilayah Palestin.
Orang ramai yang berlindung di beberapa kawasan di selatan Gaza menerima risalah daripada tentera Israel menggesa mereka beredar dan menuju ke Rafah, berhampiran sempadan Mesir.
Tetapi menurut Tareq, Rafah juga mengalami serangan udara yang meluas daripada tentera Israel sejak beberapa minggu lalu.
“Hanya dalam beberapa minit terakhir, lebih banyak serangan Israel dilakukan di bandar Khan Younis.
“Tiada tempat selamat di Gaza. Serangan berterusan, walaupun di Rafah,” katanya.