UNGA lulus lima resolusi sokong, bantu Palestin

UNGA lulus lima resolusi sokong, bantu Palestin

PEMANDANGAN udara menunjukkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal mendirikan khemah buatan sendiri di Rafah, selatan Semenanjung Gaza yang bersempadan dengan Mesir. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA: Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) kelmarin meluluskan lima resolusi yang boleh mengakhiri konflik di Palestin, selain memihak kepada negara itu, sekali gus mencerminkan solidariti global.

Berikut merupakan lima resolusi yang diluluskan:

Resolusi 1: Bantuan

Sebanyak 168 negara menyokong dalam menyalurkan bantuan kepada pelarian Palestin.

Hanya satu negara yang membantah resolusi itu, manakala 10 lagi negara bersikap berkecuali, termasuk Amerika Syarikat (AS), Cameroon, Guatemala, Micronesia, Paraguay dan Vanuatu.

Resolusi 2: UNRWA

Resolusi kedua memfokuskan kelancaran operasi Agensi Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) mendapat undian kelulusan daripada 165 negara.

Empat negara iaitu Kanada, Israel, Micronesia dan AS membantah resolusi tersebut.

Selain itu, sebanyak enam negara iaitu Cameroon, Guatemala, Palau, Papua New Guinea, Vanuatu, dan Kiribati bersikap berkecuali.

Resolusi 3: Harta benda

Resolusi ketiga menyentuh tentang harta benda pelarian Palestin dan disokong oleh 163 negara, menyaksikan orang luar tidak boleh mengambil sebarang harta yang ada di Palestin.

Lima negara iaitu Kanada, Israel, Micronesia, Nauru dan AS mengundi menentang resolusi tersebut serta sembilan negara enggan mengundi.

Resolusi 4: Penempatan haram

Resolusi keempat mengenai penempatan penduduk Yahudi di wilayah Palestin, termasuk Baitulmuqaddis Timur dan Bukit Golan di Syria dengan resolusi itu menggesa supaya semua projek perumahan haram dihentikan.

Resolusi itu memperoleh undian daripada 149 negara.

Enam negara iaitu Kanada, Hungary, Israel, Micronesia, Nauru dan AS membantah dengan 17 negara lagi tidak mengundi.

Resolusi 5: Menyiasat Israel

Resolusi kelima berkaitan aktiviti Jawatankuasa Khas Menyiasat Amalan Israel yang menjejaskan Hak Asasi Manusia Rakyat Palestin dan Orang Arab di Wilayah Diduduki.

Resolusi itu mendapat sokongan daripada 86 negara manakala 12 lagi menentang.

Sebanyak 75 negara lagi tidak mengundi, namun corak pengundian menunjukkan banyak negara menyokong kelima-lima resolusi berkenaan.

Wakil Tetap Palestin ke PBB, Riyad Mansour menzahirkan penghargaan kepada semua negara yang menyokong resolusi tersebut.

Sokongan itu diberikan ketika tentera Zionis meningkatkan serangan di Semenanjung Gaza, menyaksikan lebih 17,000 penduduknya terbunuh sejak 7 Oktober lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya