Ukraine dakwa musnahkan 8 peluru berpandu menuju ke Kyiv

Ukraine dakwa musnahkan 8 peluru berpandu menuju ke Kyiv

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Pasukan tentera Ukraine menembak jatuh lapan peluru berpandu milik Russia yang menuju ke ibu negara Kyiv.

Perkara itu didakwa oleh tentera udara Ukraine dalam satu kenyataan.

“Tentera Russia melancarkan serangan peluru berpandu menyasarkan wilayah Kyiv kira-kira pukul 4 pagi (waktu tempatan).

“Bagaimanapun, pasukan pertahanan udara kami berjaya memusnahkan lapan sasaran udara yang terbang ke arah ibu negara,” jelas kenyataan itu.

Menurut pentadbiran tentera, serpihan peluru berpandu yang jatuh di daerah timur Darnytskyi di bandar itu, mengakibatkan empat orang mengalami kecederaan.

“Petugas perubatan memberi rawatan kecemasan kepada mangsa di lokasi kejadian.

“Selain itu, serpihan peluru berpandu ditemukan di kawasan gudang di daerah Darnytskyi. Tiada kebakaran dan kerosakan berlaku pada bangunan tersebut,” kata Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko di aplikasi Telegram.

Pihak berkuasa Ukraine menuduh Russia melakukan siri serangan ke atas infrastruktur tenaga negara itu pada pertengahan musim sejuk seperti dilakukan pada tahun lalu.

Pada musim sejuk tahun lalu, serangan sedemikian menyebabkan jutaan penduduk terputus bekalan elektrik untuk tempoh lama semasa cuaca sejuk.

Sejak itu, Ukraine memperkukuhkan sistem pertahanan udaranya dengan menerima senjata daripada sekutu Eropah dan Amerika Syarikat (AS), namun negara itu mengakui lebih banyak lagi diperlukan untuk melindungi kawasan yang terdedah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya