Tidak kira siapa, tentera Zionis bom semua penduduk di Gaza - Utusan Malaysia

Tidak kira siapa, tentera Zionis bom semua penduduk di Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN: Kementerian Luar Dan Ekspatriat Jordan kini memantau situasi selepas tentera pendudukan Israel mengebom kediaman rakyatnya di Semenanjung Gaza.

“Kami sudah menghubungi warga kami dan keluarganya yang melaporkan rumah mereka di situ dibom, menyebabkan anak lelakinya terbunuh dan seorang lagi cedera,” lapor agensi berita Jordan (Petra) memetik jurucakap kementerian Sufyan Qudah pada petang Ahad.

“Anak lelaki yang cedera berada dalam koma dan sedang menerima rawatan di Hospital Baptist di Semenanjung Gaza,” menurut Qudah.

Kementerian sedang memantau keadaan warganya itu, dan berusaha untuk memindahkan anaknya yang cedera di hospital lapangan Jordan sehingga mereka dapat dibawa balik ke Jordan.

Menurut Qudah, kerajaan Jordan mempersalahkan sepenuhnya tentera pencerobohan Israel atas keselamatan keluarga itu dan semua warga negaranya yang tidak dapat meninggalkan Semenanjung Gaza.

Israel meneruskan pencerobohannya di Semenanjung Gaza pada 7 pagi Jumaat, sejurus selepas. tamatnya jeda kemanusiaan selama tujuh hari yang dirundingkan oleh Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya