Tentera Zionis 'terlalu yakin' dapat tumpaskan Hamas - Utusan Malaysia

Tentera Zionis ‘terlalu yakin’ dapat tumpaskan Hamas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEL AVIV: Tentera rejim Zionis menyifatkan perang antara Israel dan Hamas sudah memasuki fasa baharu, selain mereka yakin dapat tumpaskan kumpulan pejuang tersebut.

Menurut jurucakap tentera Israel, Danial Hagari, rejim Zionis tekad untuk menghapuskan kumpulan pejuang Hamas di seluruh Semenanjung Gaza demi mencapai matlamatnya.

Dalam satu sidang media, Hagari berkata, Hamas memilih untuk perang dan mendakwa kumpulan pejuang itu telah melanggar perjanjian gencatan senjata.

“Kita telah memasuki fasa baru dalam perang menentang Hamas. Hamas mematahkan jeda kemanusiaan apabila ia melanggar perjanjian pembebasan tebusan, dengan enggan membebaskan wanita, kanak-kanak dan bayi seperti yang dipersetujui.

“Hamas juga menembak roket ke rumah di Israel. Ia sepatutnya jelas kepada semua orang sekarang bahawa Hamas memilih untuk perang dan ia melanggar perjanjian pembebasan tebusan pada 1 Disember,” katanya.

Pada ketika ini, sebahagian besar tentera Israel sudah menawan bahagian utara Gaza pada sejak November dan sejak gencatan senjata selama seminggu berakhir, Israel giat melakukan serangan bertubi-tubi ke atas Gaza.

“Kami mengejar mereka di utara Gaza. Kami kini mengejar Hamas di selatan Gaza juga.

“Kami akan beroperasi dengan kekuatan maksimum terhadap pengganas dan infrastruktur Hamas, sambil meminimumkan bahaya kepada orang awam yang Hamas letakkan di sekeliling mereka sebagai perisai,” ujar Hagari lagi.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.