Sirul Azhar mungkin tidak bebas lama di Australia

Sirul Azhar mungkin tidak bebas lama di Australia

SIRUL AZHAR UMAR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Parlimen Australia dikatakan tergesa-gesa melaksanakan undang-undang baharu yang direka untuk menawan semula majoriti 148 tahanan imigresen yang dibebaskan bulan lepas berikutan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa penahanan tanpa had adalah haram.

Menurut laporan berita yang menyebut banduan pembunuhan warga Malaysia, Sirul Azhar Umar sebagai antara penjenayah paling terkenal dibebaskan di Australia, kerajaan mendesak untuk meluluskan undang-undang sebelum Parlimen ditangguhkan Jumaat ini.

The Sydney Morning Herald berkata, undang-undang terbaharu itu membolehkan kerajaan meminta mahkamah memenjarakan semula bekas tahanan sehingga tiga tahun, jika mereka sebelum ini disabitkan dengan jenayah kekerasan atau seksual yang boleh dihukum penjara maksimum sekurang-kurangnya tujuh tahun. 

Walau bagaimanapun, perkara itu hanya boleh dilakukan jika hakim bersetuju terdapat kebarangkalian tinggi bahawa mereka akan melakukan kesalahan lain.

“Ini juga terpakai kepada orang yang disabitkan dengan kesalahan yang sama di luar negara, dengan beberapa pakar undang-undang mengatakan mereka tidak mengetahui mana-mana undang-undang lain di Australia yang membenarkan hakim menahan seseorang berdasarkan sabitan asing,” jelas laporan itu.

Selaras dengan undang-undangnya, Canberra tidak akan menghantar pulang mereka yang menghadapi hukuman mati ke negara asal mereka.

Memetik seorang pakar perlembagaan, laporan itu berkata, undang-undang anti-keganasan di mana rang undang-undang baharu itu dimodelkan hanya merujuk kepada sabitan kesalahan di Australia.

“Di bawah pindaan ini, para hakim buat pertama kalinya boleh menggunakan sabitan asing untuk meletakkan seseorang di penjara,” tambahnya.

Dalam dokumen yang berkaitan dengan pindaan, kerajaan juga mengakui undang-undang itu boleh melanggar hak asasi manusia yang berkaitan dengan diskriminasi, memandangkan warga Australia yang disabitkan dengan kesalahan yang sama tidak tertakluk kepada sekatan sedemikian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya