Meta padam hampir 5,000 akaun Facebook palsu di China

Meta padam hampir 5,000 akaun Facebook palsu di China

Kementerian Komunikasi dan MCMC akan bertemu dengan syarikat Meta bagi membincangkan isu aspek keselamatan dalam talian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Syarikat teknologi Meta mendakwa terdapat pihak di China membuka ribuan akaun media sosial palsu Facebook bagi menyebarkan kandungan politik bertujuan memecah belahkan negara ini menjelang pilihan raya tahun depan.

Katanya, kesemua akaun palsu direka untuk kelihatan seperti dibuka oleh orang Amerika Syarikat (AS) dan digunakan untuk mencetuskan polarisasi dalam kalangan rakyat serta memecah-belahkan mereka menjelang pemilihan Presiden AS tahun depan.

Hampir 4,800 akaun palsu dikenal pasti dan dihapuskan oleh syarikat teknologi yang memiliki Facebook serta Instagram itu.

Akaun itu memaparkan gambar, nama dan lokasi palsu sebagai cara untuk kelihatan seperti pengguna Facebook warga AS, dengan kandungan memaparkan pelbagai isu politik.

Berbeza dengan kaedah menyebarkan kandungan palsu seperti yang dilakukan oleh rangkaian lain, akaun terbabit diguna untuk berkongsi semula siaran daripada X, yang mulanya dicipta oleh ahli politik, saluran berita dan lain-lain sumber.

Akaunnya bersifat saling berkaitan dan menarik kandungannya, baik daripada sumber liberal mahupun konservatif, menunjukkan bahawa matlamatnya bukan untuk sokong mana-mana pihak, sebaliknya menyemarakkan perpecahan partisan dan polarisasi.

Rangkaian yang baru dikenal pasti menunjukkan bagaimana musuh asing AS mengeksploitasi platform teknologi yang berpangkalan di AS itu, dengan niat menyemai perselisihan dan rasa tidak percaya.

“Kesemua akaun itu masih bergelut untuk membina ikutan di khalayak umum, tetapi ia adalah amaran jelas bahawa manipulasi seumpamanya sudah bermula dan kami perlu terus berwaspada,” kata Ben Nimmo, yang mengetuai penyiasatan dalam tingkah laku tidak sah pada platform Meta.

Meta Platforms Inc., yang berpangkalan di Menlo Park, California, ketika ini tidak mengaitkan insiden itu secara terbuka dengan kerajaan China, tetapi mengesahkan akaun itu berasal dari negara berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya