Lebih 60 peratus rumah di Gaza hancur dibedil Zionis

Lebih 60 peratus rumah di Gaza hancur dibedil Zionis

SEORANG kanak-kanak Palestin mencari barangan yang masih boleh digunakan di runtuhan bangunan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Tentera rejim Zionis Israel dilaporkan memusnahkan lebih 60 peratus rumah dan unit kediaman di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu.

Perkara itu dimaklumkan oleh pejabat media kerajaan Gaza menerusi kenyataan, kelmarin.

“Tindakan tentera penceroboh Israel memusnahkan rumah dan unit kediaman sejak perang yang meletus 7 Oktober lalu.

“Kemusnahan itu menyebabkan penduduk berdepan dengan bencana kemanusiaan yang semakin meruncing, terutamanya di wilayah tengah dan utara Gaza,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan itu.

Selain itu, lebih 26 hospital dan 55 pusat kesihatan terpaksa menutup operasi sama ada akibat bedilan bom, ditawan atau dimusnahkan.

“Ribuan mangsa yang maut masih berada di bawah runtuhan dan pasukan pertahanan awam tidak dapat mengeluarkannya kerana kawasan berkenaan telah dikepung selain masalah kekurangan jentera, peralatan dan bahan api,” menurut kenyataan itu.

Pejabat media itu juga memaklumkan, Gaza memerlukan 1,000 trak setiap hari untuk membawa bantuan kemanusiaan yang diperlukan dan satu juta liter bahan api setiap hari diperlukan untuk memulakan fasa pemulihan.

Sehubungan itu, Liga Arab dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) digesa untuk merangka segera satu pelan menyelamat untuk mencari penyelesaian kepada krisis kemanusiaan secepat mungkin bagi membantu lebih daripada seperempat juta keluarga yang rumah mereka musnah atau rosak.

Menurut pejabat media itu, penduduk di wilayah berkenaan memerlukan lebih banyak hospital medan yang dilengkapi dengan peralatan perubatan untuk membantu puluhan ribu mangsa yang cedera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya