Konflik Israel-Hezbollah: Tentera pengaman PBB di Lubnan diancam bahaya

Konflik Israel-Hezbollah: Tentera pengaman PBB di Lubnan diancam bahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAROUN AL-RAS: Askar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang ditempatkan di sepanjang sempadan Lubnan-Israel kini semakin terancam susulan perang Israel- Hezbollah yang bertambah sengit.

Sejak serangan Hamas terhadap Israel pada 7 Oktober lalu, sempadan Lubnan turut menyaksikan peperangan terburuk dalam tempoh 20 tahun, dan kini tentera pengaman PBB perlu sentiasa berhati-hati mengelak insiden tidak diingini.

Leftenan Kolonel Stephen MacEoin, komander batalion askar Ireland dan Poland yang ditempatkan di Kem Shamrock di Kampung Tiri, memaklumkan tentera dari pasukan pengaman PBB di Lubnan (UNIFIL) berulang kali terpaksa berlindung di kubu.

Ini kerana tembakan, pelancaran roket dan pertempuran sengit semakin kerap berlaku, sejak meletusnya peperangan antara Israel dan Hamas di Gaza tujuh minggu lalu.

“Saya perlu mengekalkan perlindungan pasukan sebagai keutamaan sambil melaksanakan misi,” kata komander kanan itu sewaktu lawatan Reuters ke sebuah Pangkalan UNIFIL di selatan Lubnan, berhampiran sempadan Israel.

Konflik di Gaza menyaksikan Israel dan Hezbollah yang disokong Iran, juga sekutu Hamas, berperang setiap hari di sepanjang sempadan Lubnan-Israel.

Sejak 7 Oktober lalu, serangan Israel sudah membunuh kira-kira 100 orang di selatan Lubnan, 80 daripadanya ialah pejuang Hezbollah.

Jurucakap UNIFIL, Andrea Tenanti, pula berkata perubahan intensif selepas gencatan senjata boleh mencetuskan kitaran konflik yang lebih luas.

Beliau berkata, UNIFIL sudah berkomunikasi dengan kedua-dua pihak dalam kemelut di sempadan Lubnan-Israel untuk cuba ‘mengurangkan ketegangan’.

Jelas Tenati, setakat ini, tiada pasukan pengaman terbunuh sejak permusuhan yang semakin meningkat.

Misi pengaman itu kini mempunyai kira-kira 10,000 tentera yang diambil dari 47 negara dan kira-kira 800 kakitangan awam ditempatkan di 45 kedudukan di seluruh kawasan seluas 1,060km persegi di antara Sungai Litani dan Blue Line.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya