Iran lancar kapsul bawa haiwan ke orbit - Utusan Malaysia

Iran lancar kapsul bawa haiwan ke orbit

IRAN melancarkan kapsul ke orbit bumi di lokasi yang tidak didedahkan.-AP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran dilaporkan menghantar kapsul ke orbit yang membawa haiwan ketika negara itu bersedia untuk misi dikemudi manusia dalam beberapa tahun akan datang.

Laporan oleh agensi berita rasmi IRNA memetik Menteri Telekomunikasi, Isa Zarepour berkata, kapsul itu dilancarkan sekitar 130 kilometer ke orbit Selasa lalu.

Menurut Isa, pelancaran kapsul seberat 500 kilogram itu dibuat sebelum menyasarkan misi menghantar angkasawan Iran ke angkasa lepas.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jenis haiwan yang dibawa di dalam kapsul berkenaan.

Saluran televisyen kerajaan menunjukkan rakaman roket diberi nama Salman membawa kapsul itu ke angkasa.

Pada September lalu, Iran memaklumkan menghantar satelit pengumpul data ke angkasa lepas dan pada 2013 negara itu mendakwa menghantar seekor monyet ke angkasa lepas dan berjaya membawa pulang haiwan itu dengan selamat.

Program satelit negara itu dilaporkan bertujuan untuk penyelidikan saintifik dan aplikasi awam lain.

Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain sudah lama mencurigai program itu kerana teknologi yang sama boleh digunakan untuk membangunkan peluru berpandu jarak jauh.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya