Indonesia tamatkan operasi SAR Gunung Marapi - Utusan Malaysia

Indonesia tamatkan operasi SAR Gunung Marapi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia pada Khamis (7 Dis) menyatakan ia sudah menamatkan operasi mencari dan menyelamat mana-mana pendaki gunung yang hilang atau terbunuh selepas Gunung Marapi meletus pada hujung minggu lalu yang menyebabkan 23 orang terkorban.

Gunung Marapi di pulau Sumatera di barat Indonesia menyembur abu setinggi 3,000m – lebih tinggi daripada gunung berapi itu sendiri – ke udara pada Ahad ketika 75 orang mendaki gunung berapi itu.

Berpuluh-puluh pendaki berhasil diselamatkan tetapi 23 orang ditemui mati, yang terakhir pada petang Rabu, dalam usaha menyelamat yang sukar ekoran letusan berterusan dan cuaca buruk yang kadangkala memaksa pasukan penyelamat terpaksa berlindung.

Menurut para pegawai, mereka percaya setiap orang yang hilang sudah dikesan dan dibawa turun baik yang masih hidup mahupun yang terkorban, walaupun terdapat kebimbangan sekiranya ada yang mungkin menggunakan laluan mendaki tidak rasmi dan tidak dapat dikesan.

Para pendaki mesti mendaftar dengan pihak berkuasa tempatan melalui sistem tempahan online, membayar yuran dan menggunakan pintu masuk yang ditetapkan.

“Semua mangsa sudah ditemui, mangsa terakhir ditemui mati. Oleh itu, berdasarkan penilaian, operasi mencari dan menyelamat yang diketuai Basarnas dihentikan,” kata pegawai agensi tersebut, Ichwan Pratama dalam satu kenyataan pada Khamis.

“Kami masih akan mengaktifkan pondok kecemasan sekiranya masih ada keluarga yang mencari saudara mereka, mereka boleh datang ke sini dengan membawa data yang sah.”

Marapi adalah gunung berapi yang paling aktif di Sumatera dan merupakan salah satu daripada hampir 130 gunung berapi aktif di Indonesia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN