Ejen perisikan Zionis serbu rumah imam Masjid al-Aqsa - Utusan Malaysia

Ejen perisikan Zionis serbu rumah imam Masjid al-Aqsa

PENDUDUK Palestin berjalan di pekarangan masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Ejen perisikan Israel menyerbu kediaman Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Ekrima Sabri di Baitulmuqaddis Timur dan menyampaikan notis larangan perjalanan ke atas pendakwah itu, menurut peguamnya pada Isnin.

“Sabri telah diserahkan perintah yang menghalangnya daripada melakukan perjalanan,” kata Khaled Zabarka kepada Agensi Anadolu.

Beliau berkata, pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.

“Rumahnya diserbu pada Ahad dan ejen itu menyerahkan perintah roboh bangunan tempat beliau tinggal dan hari ini beliau dilarang melakukan perjalanan.

“Pencabulan terhadap pendakwah itu percubaan untuk menutup mulutnya yang dengan lantang menyuarakan kebenaran,” kata peguam itu.

Pendakwah berusia 84 tahun itu ditahan beberapa kali oleh Israel dan dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa selama beberapa bulan.

Sabri merupakan pengkritik tegar pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin. Beliau sebelum ini pernah memegang jawatan mufti Baitulmaqdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006.

Masjid Al-Aqsa merupakan tempat suci ketiga umat Islam.

Israel menduduki Baitulmuqaddis Timur yang menempatkan Al-Aqsa semasa Perang Arab-Israel 1967 dan mentadbir seluruh bandar itu pada tahun 1980, langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya