Daesh akui jadi dalang pengeboman di gimnasium Marawi - Utusan Malaysia

Daesh akui jadi dalang pengeboman di gimnasium Marawi

PASUKAN keselamatan Filipina memeriksa lokasi pengeboman Daesh di dalam gimnasium di Universiti Negeri Mindanao di Marawi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Kumpulan militan Daesh mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan pengeboman di Misa Katolik di Filipina kelmarin sehingga mengorbankan empat nyawa dan cederakan 50 yang lain.

Serangan itu dilakukan di gimnasium universiti di Marawi, sebuah bandar di selatan negara itu yang pernah dikepung oleh Daesh selama lima bulan pada 2017.

Militan Daesh yang mempunyai pengaruh di selatan negara itu, mengesahkan menerusi Telegram, anggotanya telah meletupkan bom berkenaan.

Terdahulu, Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr mengutuk insiden itu dengan menyifatkannya sebagai ‘perbuatan tidak masuk akal dan paling keji yang dilakukan oleh pengganas’.

Dalam pada itu, polis dan tentera memperkukuh keselamatan di selatan Filipina dan sekitar ibu negara Manila.

Selain itu, siasatan terperinci masih dijalankan oleh pihak berkuasa Filipina mengenai serangan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN