Cubaan musnahkan Hamas boleh heret perang Gaza sehingga 10 tahun - Macron - Utusan Malaysia

Cubaan musnahkan Hamas boleh heret perang Gaza sehingga 10 tahun – Macron

EMMANUEL MACRON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Usaha memusnahkan pasukan pejuang Hamas Palestin hanya akan mengundang peperangan yang boleh berlanjutan sehingga 10 tahun, tegas Emmanuel Macron.

Dalam masa sama, Presiden Perancis itu menggesa Israel agar mengenal pasti dengan teliti matlamat mereka sekali gus dapat mengakhiri peperangan yang kini sudah berlanjutan selama hampir dua bulan.

Bercakap pada sidang media di Dubai pada Sabtu, Macron berkata, beliau akan berkunjung ke Qatar untuk “bekerjasama dalam usaha pelaksanaan gencatan yang baharu secepat mungkin.”

Israel pada Sabtu membuat keputusan menarik keluar perunding perisikannya, Mossad dari Qatar iaitu negara yang menjadi perantara usaha gencatan senjata antara Israel-Palestin, selepas rundingan menemui ‘jalan buntu.’

Menurut Macron, apa yang perlu di Gaza ketika ini ialah gencatan senjata yang tetap.

“Saya fikir, ketika ini pihak berkuasa Israel perlu teliti dalam mengenal pasti apakah matlamat utama mereka dan apakah hasilnya pada kesudahan peperangan yang mahu mereka capai.

“Apa pula maksud penghapusan Hamas sepenuhnya? Adakah ada dalam kalangan kita terfikir bahawa tindakan itu boleh dicapai?” soal Macron.

“Andai demikian tujuannya, maka perang (di Gaza) akan berlanjutan sehingga 10 tahun dan saya terfikir tidak ada sesiapa pun yang boleh mengenal pasti matlamat itu. Justeru, apa yang diperlukan ialah kenal pasti (matlamat) dengan lebih teliti,” tambah Macron.

Macron mengulangi pendirian Perancis bahawa Israel mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka, namun, menegaskan “hak untuk mempertahankan diri tidak memberi ruang kepada kamu dalam apa sahaja cara sekalipun untuk menyerang orang awam.”

Angkatan Pertahanan Israel pula dalam reaksinya berkata, pasukan pertahanan itu tidak mensasarkan orang awam dalam peperangan dengan Hamas.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.