179 rakyat Palestin terbunuh selepas gencatan senjata tamat, Israel halang bantuan masuk ke Gaza - Utusan Malaysia

179 rakyat Palestin terbunuh selepas gencatan senjata tamat, Israel halang bantuan masuk ke Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Selepas tujuh hari gencatan senjata, pertempuran diteruskan antara Hamas dan Israel di Gaza.

Israel dan Hamas menyalahkan satu sama lain kerana gagal bersetuju dengan lanjutan usaha itu.

Kementerian kesihatan yang dikendalikan Hamas di Gaza berkata, 178 orang terbunuh dalam pengeboman terbaharu selepas gencatan senjata berakhir.

Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) turut memaklumkan, Israel mula bertindak menghalang bantuan daripada memasuki wilayah itu.

Tentera Israel sebelum ini mendakwa sudah menyerang 200 sasaran pengganas kumpulan pejuang dan memintas roket yang ditembak melepasi sempadannya.

Pihak Israel turut mengesahkan kematian keenam tebusan di Gaza.

Orang ramai yang berlindung di beberapa kawasan di selatan Gaza menerima risalah daripada tentera Israel menggesa mereka beredar dan menuju ke Rafah, berhampiran sempadan Mesir.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya