SYDNEY: Ribut petir dan angin kencang melanda pada malam Krismas menyebabkan hampir 110,000 rumah di timur Australia terputus bekalan elektrik.
Menurut pihak berkuasa, keadaan cuaca buruk turut menyebabkan sebatang pokok tumbang sehingga mengorbankan seorang wanita.
Syarikat tenaga Energex, lokasi terjejas melibatkan ibu kota Queensland, Brisbane dan kawasan Gold Coast.
“Sejumlah pelanggan tidak akan mempunyai bekalan elektrik selama beberapa hari.
“Kami sedang meneliti kerosakan dan meluas pada skala taufan.
“Laporan kerosakan selanjutnya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” jelas syarikat itu dalam kemas kini di media sosial.
Sementara itu, perkhidmatan ambulans Queensland mengesahkan seorang wanita berusia 59 tahun maut akibat dihempap sebatang pokok tumbang di sebatang jalan di Gold Coast.
“Malangnya dia mengalami kecederaan di bahagian kepalanya dan meninggal dunia,” kata paramedik Jaye Newton di tempat kejadian.
Jelas beliau, sebuah lagi pokok tumbang mengakibatkan seorang wanita terperangkap di dalam keretanya selama lebih sejam.
“Ia seperti zon bencana, terdapat pokok tumbang di seluruh jalan,” kata Newton sambil menggambarkan kesan cuaca buruk itu yang menyebabkan pokok tumbang dan jubin bumbung terbang.
Biro Meteorologi menjangkakan ribut petir yang teruk dengan tiupan angin kencang, hujan lebat akan berlaku lagi. – AFP