Tapak insiden gua Tham Luang dibuka untuk pelancong bermula Disember ini - Utusan Malaysia

Tapak insiden gua Tham Luang dibuka untuk pelancong bermula Disember ini

ANGGOTA tentera laut menyelam ke dalam gua Tham Luang yang ditenggelami air semasa operasi menyelamat pasukan Wild Boar pada Jun 2018.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Lokasi di Gua Tham Luang di wilayah Chiang Rai yang terkenal selepas menjadi tapak penyelamat pasukan bola sepak Wild Boars lima tahun lalu, bersedia untuk menerima lawatan kumpulan pelancong bermula 15 Disember ini.

Inisiatif itu diketuai oleh Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan.

Ketua Pengarah Jabatan itu, Athapol Charoenchansa memaklumkan, mulai 15 Disember ini kumpulan kecil antara 10 hingga 12 pelancong akan dibenarkan untuk menerokai ruang 2 dan 3 di Tham Luang.

Ekspedisi itu akan memberi peluang kepada pengunjung untuk menyaksikan cabaran yang dihadapi semasa menyelamatkan pasukan bola sepak muda dan jurulatih mereka yang terperangkap di dalam gua tersebut pada Jun 2018.

Jabatan tersebut turut merancang untuk menawarkan perkhidmatan pemandu pelancong kepada pengunjung di tapak insiden tersebut.

“Pengalaman interaktif ini akan membolehkan mereka memahami kerumitan operasi menyelamat termasuk persediaan peralatan yang diperlukan dan pengekstrakan mangsa dari gua.

“Langkah ke arah membenarkan akses awam ini merupakan peristiwa penting dalam berkongsi kisah penyelamatan dramatik dengan khalayak yang lebih luas,” jelas jabatan itu.

Pasukan bola sepak yang terdiri daripada 12 remaja lelaki dan seorang dewasa menunggu selama 18 hari sebelum berjaya diselamatkan pasukan pakar dari luar negara hingga menjadi tajuk utama di banyak media antarabangsa

Sehingga kini, akses ke ruang 3 yang terletak kira-kira dua kilometer dari pintu masuk gua hanya dikhaskan secara eksklusif kepada penyelidik dan pakar.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN